Tranformasi Yang Perlahan Menyebabkan Pengundi Kurang Yakin Terhadap Sistem Undi Pos

373

Kenyataan Media Daripada Tony Chiew:

Tranformasi yang perlahan dalam pembaharuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyebabkan masih sukar untuk menyakinkan pengundi mempercayai sistem undi pos sebagai satu langkah untuk memperluaskan kaedah tersebut bagi menjalankan pilihan raya ketika penularan wabak semasa.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata rancangan SPR untuk mengkategorikan banduan di penjara dan pesakit yang dirawat di hospital sebagai kumpulan undi pos tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat, persiapan perlu dibuat sekurang-kurangnya enam hingga sembilan bulan sebelumnya.

“Kita semua tahu bahawa banyak negara di dunia menjalankan pilihan raya pada waktu ini, tetapi mereka tidak mempunyai sistem pilihan raya yang rapuh ditambah dengan kekacauan politik dan bahkan penubuhan kerajaan pintu belakang seperti kita.

“Drama politik ini yang telah berlaku di negara kita telah menghancurkan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan negara,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau menjelaskan bahawa untuk melaksanakan rancangan undi pos perlu menubuhkan pasukan bebas di setiap negeri untuk memantau proses pilihan raya.

Katanya walaupun rakyat Malaysia termasuk rakyat Sarawak telah berulang kali menyatakan pendapat yang kuat bahawa pilihan raya tidak sesuai pada masa ini kerana penularan wabak, namun kerajaan persekutuan mahupun kerajaan Sarawak masih tidak dapat menghilangkan sepenuhnya idea bagi mengadakan pilihan raya.

“Kerajaan mesti memastikan bahawa pengundian dilakukan oleh semua yang layak mengundi untuk memastikan bahawa kerajaan yang dipilih adalah suara dari majoriti.”

“Jika tidak, pihak kerajaan harus mendengar pendapat umum dan menangguhkan pilihan raya, jangan mengambil kesempatan pada ketika ini untuk menjadikan jumlah keluar mengundi rendah, ini menunjukkan sikap pemilihan yang disengajakan,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan kerajaan untuk membuka pintu sempadan semua negeri untuk orang-orang dari parti kerajaan dan pembangkang masuk melibatkan diri dalam keseluruhan proses persiapan termasuk pemilihan dan pengundian.

Tambahnya ini termasuk juga pengundi dari luar negara untuk memastikan ketelusan dan keadilan seluruh proses pilihan raya dan untuk mengesahkan sama ada kerajaan mempunyai kredibiliti.

“Pada tahun 2018, walaupun sejumlah 7,979 kertas undi dihantar melalui pos, hanya sebilangan kecil orang yang berjaya mengundi termasuk banyak pengundi luar negara yang mendapat kertas undi mereka sehari sebelum hari pengundian. Ini adalah keadaan yang sangat buruk,” katanya.

Beliau berkata pada masa pilihan raya umum atau negeri yang lalu, agak sukar bagi parti pembangkang kerana tidak mempunyai dana yang besar dan dalam keadaan pandemik kini cabarannya lebih hebat lagi.

Sementara itu, Chiew menekankan bahawa parti pembangkang perlu meningkatkan kesedaran politik pengundi dan mempunyai pemahaman yang lengkap mengenai sistem dan proses pilihan raya.

Tambahnya, sebuah negara demokrasi yang sihat memerlukan kebangkitan pengundi dan tahap kesedaran mereka yang tinggi dalam hal ini yang dapat memeriksa dan mengimbangkan kelebihan sumber dengan berkesan dan menghadapi pilihan raya yang lebih telus dan adil.