Penyampaian Sumbangan Dana Peruntukan Khas dari YB Chong Chieng Jen kepada beberapa gereja di Serian

2011
Foto Penyerahan Cek Kepada Gereja St. Patrick Kampung Tangga Mawang, Serian

Acara Penyampaikan Cek-cek (Cheques) Sumbangan Dana Peruntukan Khas (Special Fund Allocation) Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri KPDNHEP kepada Gereja St. Patrick Kampung Tangga Mawang, Gereja St. Simon Kampung Slabi Plaman dan Gereja Seven Day Adventist Kampung Riih Mawang,Serian

Saudara Jeffrey Walter Anak Albert Leigh melaksanakanpenyampaian cek (cheque) sumbangan Dana Peruntukan Khas (Special Fund Allocation)Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen,Timbalan Menteri Di Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kepada Gereja St. Patrick Kampung Tangga Mawang, Serian, Sarawak.Gereja St. Patrick Kampung Tangga Mawang, Serianini dibawah naungan Parlimen P199Serian dan DUNN23Bukit Semuja.

Saudara Jeffrey Walter Anak Albert Leigh (Berbaju Merah), Pro-Temp Setiausaha DAP Bukit Semuja, Serian mewakili Yang BerhormatTuan Chong Chieng Jen menyerahkan Cek sumbanganDana PeruntukanKhas (Special Fund Allocation) berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) kepada Saudara Dick Ak Ayuk (Berbaju kuning) selaku Bendahari Gereja St. Patrick Kampung Tangga Mawang, Serian. Acara penyampaian cek tersebut turut disaksikan oleh Ahli Jawatan Kuasa Gereja St.PatrickKampung Tangga Mawang.

Tujuan dana disumbangkan adalah bagi membantu membeli peralatan-peralatanGereja serta membiayai aktiviti-aktivitiyang akan datang yang mana program tersebut telah dirancang oleh Ahli Jawatan Kuasa Gereja St. Patrick Kampung Tangga Mawang. Saudara Saudara Dick Ak Ayuk selaku Bendahari Gereja, bagi pihak Pengerusi Gereja, Ahli Jawatan Kuasa dan Penduduk Kampung Tangga Mawang.mengucapkan setinggi tinggi penghargaan di atas sumbangan dana tersebut.

Terdahulu dari itu, pada 27hb Julai 2019, Saudara Jeffrey Walter Anak Albert Leigh juga mewakiliYang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen menyerahkan cek sumbangan Dana PeruntukanKhas berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) kepada Saudara Pellet anak Lunduselaku Pengerusi Gereja St. Simon Kampung Slabi Plaman, Serian.

Foto Penyerahan Cek Kepada Gereja St. Simon Kampung Slabi Plaman,Serian

Pada hari yang sama, iaitu pada 27hb Julai 2019, Saudara Jeffrey Walter Anak Albert Leighjuga telah menyerahkan cek sumbangan Dana Peruntukan Khas berjumlah Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000.00) kepada Saudara ILLA AK UBAH selaku ketua Gereja Seven Day Adventist Kampung Riih Mawang, Serian bagi tujuan menjalankan aktiviti-aktiviti Gereja dan acara keagaman. Acara penyerahan cek tersebut disaksikan oleh Pastor Abraham Gereja Seven Day Adventist Kampung Riih Mawang, Serian.

Beberapa lagi Surat-surat Permohonan untuk mendapatkan sumbangan Dana Peruntukan Khas (Special Fund Allocation) telah diterima daripada Badan-badan Pertubuhan, Badan-badan Keagamaan dan Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung di Bahagian Serian dan Surat-surat Permohonan tersebut telah dimajukan ke Pejabat Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri Di Kementerian Perdangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Kuching untuk dipertimbangkan kelulusan.