Chong kepada Abang Jo- Fokus pada menangani covid dan bukan PRN. Nyawa rakyat Sarawak mesti diutamakan.

529

Kenyataan akhbar Oleh Chong Chieng Jen:

Abang Jo dan Dr.Sim Kui Hian sepatutnya lebih fokus kepada pengurusan serta menangani pandemik covid di Sarawak berbanding mengadakan pilihanraya negeri.(PRN)

Memandangkan Perintah Darurat semasa hanya akan tamat pada bulan februari, 2022 jadi seharusnya GPS tidak perlu meminta keoada Ke bawah Duli yang Maha mulia Yang di Pertuan Agong membatalkan Perintah Darurat lebih awal supaya Sarawak dapat mengadakan PRN sebelum hujung tahun ini.

Situasi di Sarawak berbeza dengan Melaka kerana Melaka pada masa ini TIDAK tertakluk di bawah perintah darurat dan dengan itu jika mengikut perlembagaan hendaklah melakukan PRN dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN Melaka.

Untuk Sarawak pula bukan sahaja Sarawak kini antara negeri yang mempunyai jumlah kes jangkitan covid baru tertinggi (walaupun terdapat pengurangan besar dalam ujian yang dilakukan sejak sebulan lepas),tapi Sarawak juga mencatatkan jumlah kematian berkaitan covid kedua tertinggi berdasarkan perbandingan setiap satu juta individu rakyat Malaysia.

Untuk 2 minggu lepas,purata jumlah kematian berkait covid bagi peringkat nasional(untuk setiap 1 juta individu) adalah 24 orang.

Manakala Perlis untuk perbandingan yang sama mencatat jumlah 67 orang.

Dan Sarawak menduduki tempat kedua mencatatkan 57 kematian diikuti Pulau Pinang (41), Kelantan (33) dan Perak (32).

Bagi kadar penggunaan ICU pula Sarawak mendahului negeri-negeri lain dengan kadar penggunaan ICU dicatatkan adalah 79.8%.

Angka-angka ini sangat membimbangkan.

Sebagai Kerajaan negeri Sarawak GPS harus menumpukan segala usaha untuk menangani wabak covid dan bukannya merancang untuk mempercepatkan PRN yang pasti akan meningkatkan kembali jangkitan dan kes kematian berkait covid.

Kita bercakap mengenai nyawa rakyat Sarawak, yang GPS tidak boleh pandang ringan.

Jangan letakkan kepentingan politik lebih tinggi dari nyawa dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

Abang Jo sebagai Ketua Menteri Sarawak harus menghentikan semua spekulasi berkaitan PRN sebelum tamat tempoh perintah darurat pada bulan februari, 2022.