Tiada Sebab untuk menangguhkan Pemulihan MA63 ke status asal

502

Kenyataan Akhbar Oleh Chong Chieng Jen:

GPS telah mengecewakan rakyat Sarawak buat kali kedua dalam cadangan Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memulihkan status Sarawak sebagai rakan kongsi setaraf.

Tiada sebab untuk Kerajaan menangguhkan pindaan rang undang-undang Perlembagaan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setaraf.

Malah, dalam taklimat pada 12-10-2021 mengenai cadangan pindaan itu, Wan Junaidi mempunyai peruntukan cadangan yang lengkap untuk pindaan sewaktu taklimat diadakan semua Ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.

Dalam taklimat yang sama beliau turut menyebut bahawa kesemua 3 Peguam yang mewakili kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan pindaan tersebut.

Tetapi kita dikejutkan dengan kenyataan bahawa rang undang-undang yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 28hb ini untuk bacaan kali kedua akan ditangguhkan ke pertengahan Disember.

Ini adalah kali kedua GPS mengecewakan rakyat Sarawak dalam isu pemulihan status MA63.

Kali pertama GPS mengecewakan rakyat Sarawak dalam perkara ini ialah pada 10-4-2019 apabila Kerajaan Pakatan Harapan(PH) ketika itu membentangkan pindaan rang undang-undang tetapi 18 Ahli Parlimen GPS tidak menyokong ketika undian untuk pindaan tersebut dijalankan.

Justeru itu rang undang-undang itu tidak mampu direalisikan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 (148 undi) seperti yang ditetapkan bagi kelulusan pindaan rang undang undang tersebut.

138 Ahli Parlimen pada waktu itu telah bersetuju untuk menyokong pindaan rang Undang-undang iaitu kurang 10 daripada jumlah yang diperlukan iaitu 148 untuk meluluskan sokongan dengan majoriti 2/3.

Semua 18 Ahli parlimen GPS tidak menyokong pindaan rang undang-undang tersebut pada waktu itu.

Kiraan semasa dengan 115 Ahli Parlimen dalam Kerajaan serta ditambah 89 Ahli Parlimen PH sudah mengesahkan akan menyokong Rang undang-undang pindaan seperti yang dibentangkan oleh Wan Junaidi dalam taklimat pada 12-10-2021.

Jadi ini bermaksud terdapat lebih daripada 2/3 ahli Parlimen yang akan menyokong pindaan rang undang-undang tersebut.

Oleh dari itu tiada langsung sebab untuk menangguhkan pindaan rang undang-undang kepada bulan disember 2021.

Tambahan lagi pada bulan Disember kami(PH) telah mencadangkan satu lagi pindaan iaitu untuk rang undang-undang penyerahan kuasa bagi pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada Sabah dan Sarawak dengan menyenaraikan perkara-perkara dalam bidang kuasa setaraf antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.

Penangguhan pindaan rang undang-undang oleh kerajaan semasa menunjukkan bahawa GPS tidak serius mengenai pemulihan status Sarawak dan juga mendapatkan autonomi untuk pendidikan dan penjagaan kesihatan untuk rakyat negeri ini.

Keengganan GPS untuk menyokong rang undang-undang pada 10-4-2019 telah menangguhkan pemulihan status rakan kongsi setaraf Sarawak dan pelaksanaan kuasa autonomi untuk sekurang-kurangnya 2 setengah tahun.

Dengan penangguhan terbaru ini lebih banyak kerumitan dijangka akan dihadapi.

Ini jelas menunjukkan bahawa GPS tidak serius tentang pelaksanaan pindaan perlembagaan dan hanya menggunakannya sebagai alat propaganda politik untuk kemudahan mereka sewaktu kempen pilihanraya berlangsung.

23-10-2021
Chong Chieng Jen
Pengerusi DAP Sarawak