Kenyataan Media Daripada BROLIN NICHOLSION:
Pemimpin Gabungan Parti Sarawak harus tampil memberi penjelasan berkaitan kes isteri bekas perdana Menteri dan Jepak Holding berkenaan dengan Sarawak Solar Project.
Kes rasuah berkenaan berkait dengan seorang ahli Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) menurut sebuah akhbar. Beberapa bulan yang lepas, Ketua Menteri Sarawak memberi jaminan bahawa GPS akan memerangi dan akan menjunjung ketelusan didalam takbir urus mereka.
Jikalau mereka benar-benar berjuang membasmi rasuah, rakyat Sarawak berhak untuk mengetahui mengapa ahli parti mereka terlibat dengan gejala rasuah dan apa tindakan mereka terhadap ahli mereka tersebut.
Kes rasuah yang melibatkan sejumlah 1.2 biliun itu adalah satu kerugian besar untuk anak-anak Sarawak yang ketinggalan dari segi infrastruktur asas. Bukankah GPS mengelar diri mereka ‘The defender of Sarawak’? Adakah ini cara ‘The defender’ menjaga rakyatnya sendiri.
Oleh yang demikian, GPS tidak seharusnya berdiam diri atas kes berkenaan kerana telah menyebabkan Anak-anak Srawak di pendalaman masih lagi ketinggalan.