Menambahkan Lampu Jalan Di Lebuhraya Pan Borneo Di Bintulu Ke Tatau

1129

Kenyataan Media Daripada Tony Chiew:

Kerajaan perlu menggesa kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Bintulu dan Tatau digesa untuk menambahkan pencahayaan atau lampu jalan pada jalan raya tersebut yang kini sedang dalam pembinaan demi keselamatan penggunanya.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata jarak jalan raya antara Bintulu dan Tatau sekitar 60 kilometer itu mempunyai jumlah pengguna yang tinggi dimana mereka berulang alik dari dua tempat ini setiap hari terutamanya hujung minggu oleh para pekerja dan penduduk puluhan rumah panjang di sepanjang jalan.

Menurutnya selain keadaan jalan raya yang teruk sedang dalam pembinaan, orang ramai turut mengeluh bahawa banyak bahagian jalan raya yang tidak lurus dimana terdapat banyak selekoh merbahaya.

“Di samping itu, persekitaran yang merbahaya terutamanya pada waktu subuh dan pada waktu malam, mustahil untuk mengetahui arah jalan yang betul di hadapan. Para pengguna terpaksa memandu dalam keadaan ketakutan.”

“Saya berkesempatan pergi ke jalan raya ini beberapa hari yang lalu dan mendapati keadaannya memang teruk. Selain banyak lampu amaran ada yang rosak, pada masa yang sama reflektor tanda keselamatan dan pemasangan lalu lintas juga tidak lengkap.”

“Ini sangat berbahaya bagi pemandu yang kerap menggunakan jalan ini bukan sahaja pada siang hari, ditambah pula sekiranya hujan dan kegelapan pada waktu malam, yang bukan hanya meletihkan tetapi juga pengalaman memandu yang sangat berbahaya. Selain kereta bersaiz kecil dan sederhana, ianya turut mengancam nyawa penunggang motosikal,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Di samping itu, menurutnya keadaan jalan ke dan dari Bintulu-Sibu juga mengalami nasib yang sama.

“Seperti kawasan naik dan turun bukit berhampiran persimpangan jalan Sekolah Kebangsaan Pelugau dimana keadaan jalan tanpa tanda amaraan menyebabkan pemandu tidak sempat memperlahankan kederaan dan terpaksa untuk menekan brek dengan kuat,” ujarnya.

Chiew menekankan bahawa dengan melihat pada faktor musim hujan dan kadar lalu lintas yang tinggi terutama antara Bintulu dan Tatau, beliau mendesak pihak bertanggungjawab untuk memastikan langkah-langkah keselamatan asas yang relevan perlu dibuat bagi memastikan pemanduan selamat oleh pengguna jalan raya.