Kerajaan Perlu Bergerak Cepat Bagi Menangani Penularan Covid-19

388

Kenyataan Media Daripada Tony Chiew:

Sikap bergerak perlahan kerajaan dalam pengurusan menangani penularan wabak COVID-19 menyebabkan ianya muncul kembali malah telah memberikan kesan yang lebih buruk kepada negara.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata gelombang ketiga penyebaran wabak ini jelas disebabkan oleh ketidakcekapan kerajaan, bukan sahaja langkah pencegahannya dilambatkan tetapi juga pelaksanaan langkah itu tidak relevan.

“Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) nampaknya secara beransur-ansur hilang matlamat dari fungsi asalnya untuk memerangi wabak ini. Pada awal wabak, Sarawak bertekad untuk memiliki langkah pencegahan sendiri sebagai contoh dengan tegas menggunakan aplikasi CovidTrace dan Qmunity tetapi kini aplikasi tersebut semakin dilupakan.”

“Sejak GPS (Gabungan Parti Sarawak) menyokong penubuhan kerajaan PN (Perikatan Nasional), langkah pencegahan JPBN telah berubah sesuka hati, tidak mempunyai perancangan dan tujuan.”

“Contohnya pada 1 Oktober, Sarawak mengumumkan larangan masuk orang bukan rakyat Sarawak dari negeri Sabah dan memerlukan 14 hari kuarantin dan dua ujian (swab). Bagaimanapun, pihak berkuasa hanya melaksanakan langkah 14 hari kuarantin bagi pelawat dari Semenanjung Malaysia memasuki Sarawak selepas 10 hari pengumuman yang asal. Bolehkah saya menegetahui, selama 10 hari ini sejauh manakah wabak itu merebak?,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Dalam pada itu, katanya sejak penubuhan kerajaan PN, selain banyak kesalahan yang dilakukan oleh pegawai tinggi kerajaan, rakyat pastinya tidak melihatnya sama ada prestasi kerajaan itu atau pengurusan dalam wabak.

“Khususnya seperti menteri melanggar perintah kuarantin, Perdana Menteri tidak memakai gelang kuarantin dan bahkan membuat kenyataan seperti penggunaan rotan. Kini kerajaan Sabah menghapuskan Jabatan Kesihatan ketika penularan wabak begitu parah. Kata-kata dan perbuatan ini benar-benar tidak harus muncul,” ujarnya.

Tambahan pula, Chiew mempersoalkan tindakan kerajaan yang pada awalnya merancang untuk menutup Zon Merah Sabah bermula 7 Oktober dan kemudiannya menyemak semula kepada 12 hingga 25 Oktober.

Katanya perubahan tarikh ini bukan sahaja menunjukkan bahawa PN tidak mempunyai keupayaan dalam bertindak balas semasa kecemasan tetapi juga menunjukkan keengganannya untuk memikul tanggungjawab.

Disamping itu, Chiew menekankan bahawa untuk mencegah penyebaran berita palsu mengenai wabak ini, kerajaan harus memikul tanggungjawab dan menerbitkan perincian data yang tepat secepat mungkin.

Pada masa yang sama, tidak cukup hanya bergantung kepada rakyat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kerajaan sendiri mesti memberikan contoh dan sikap ‘double standard’ tidak seharusnya berlaku. Sikap cuai terhadap penularan penyakit ini akan menjadikan ianya tidak dapat dikawal.