Ketidakadilan Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak

493

Kenyataan Media Daripada Oscar Ling:

Saya berasa bahawa ia adalah tidak adil kepada Sabah dan Sarawak dengan Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak masing-masing hanya 5.2 bilion dan 4.6 bilion. Ini hanyak 12.6% daripada jumlah perbelanjaan pembangunan iaitu 77.6 bilion, atau untuk Sarawak hanya 6% daripada jumlah 77.6 bilion tersebut.

Sebagai Rakan kongsi persekutuan Malaysia, iaitu Sarawak, Sabah dan Malaya, jumlah peruntukan tersebut tidak menunjukkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam persekutuan ini. Kami orang Sarawak berasa amat dipinggirkan dan dianak-tirikan lagi dalam belanjawan 2022 ini.

Mengikut huraian kerajaan, jumlah peruntukan tersebut adalah untuk membangunkan infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, serta kemudahan Pendidikan dan kesihatan, tetapi dengan jumlah kecil ini, ia memang tidak akan seratakan pembangunan di Sabah dan Sarawak dengan semenanjung Malaysia. Kami tetap akan kekal ketinggalan dalam arus pembanganan negara, dan terus menjadi negeri kelas kedua atau ketiga.

Selain itu, peruntukan sebanyak rm746 juta untuk 112 projek sekolah daif di Sabah dan 165 projek di Sarawak adalah tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah sekolah daif di Sarawak.

Pada Zaman PH, Kerajaan PH pernah menukarkan hutang wilayah Sarawak sebanyak 1 bilion kepada dana untuk memperbaiki sekolah daif di Sarawak.

Jumlah yang ditawarkan oleh kerajaan PH ini adalah jauh lebih banyak daripda jumlah yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang, iaitu hanya sebanyak 746 juta.

Jadi, saya ingin menyeru kerajaan persekutuan bahawa jumlah peruntukan untuk sekolah daif ditambahkan kepada 2 bilion untuk Sabah dan Sarawak, supaya setiap wilayah Sabah dan Sarawak boleh mendapat 1 bilion untuk memperbaiki sekolah daif pada tahun depan.