Dua kes rompakan baru-baru ini di Sg Bidut telah bunyikan siren keselamatan di kawasan barat Sibu

1317
Ahli Parlimen Sibu, YB Oscar Ling (Depan kiri 3 ) membincang tentang isu keselamatan Sg Bidut dengan Sibu District Police Department . Depan kiri 4 adalah ACP Stanley Jonathan Ringgit KPD Sibu.

Dua kes rompakan baru-baru ini di Sg Bidut telah bunyikan siren keselamatan di kawasan barat Sibu.

Ahli Parlimen Sibu YB Oscar Ling telah menerima banyak rayuan penduduk setempat tentang isu keselamatan. 

Justeru itu, Oscar telah mengadakan sesi dialog dengan polis daerah Sibu minggu lepas untuk berbincang tentang tindakan polis atas isu keselamatan di kawasan barat Sibu.

Statistik polis yang dilaporkan agak rendah berbanding dengan apa yang disuarakan oleh penduduk setempat. Kemungkinan sebab penduduk tidak mengambil berat tentang kepentingan melapor kes jenayah. 

Oscar dan polis Sibu menyeru penduduk di kawasan barat melaporkan kes jenayah supaya polis dapat merancang strategi yang lebih berkesan.

Sementara itu, polis telah menjalankan rondaan kawasan barat 3 kali sehari, dan ini hanya berkesan membanteras jenayah kalau penduduk sudi berkerjasama dan beri informasi jenayah kepada polis.

Oscar telah memberi cadangan memasang kamera litar tertutup(CCTV) di Sg Bidut,  dan polis mengalu-alukan cadangan Oscar.

Polis telah mencadangkan tempat yang mereka fikir agak sesuai untuk pemasangan CCTV dalam sesi dialog.

Selepas sesi dialog, YB Oscar Ling telah pergi ke tempat yang dicadangkan oleh polis dan mengkaji kesesuaian tempat itu.  Dia harap pemasangan CCTV dapat mengurangkan jenayah di kawasan barat Sibu.