Kabinet Baru Yang Besar Akibat daripada Kekurangan Percayaan Antara Parti

742

Statmen Daripada Oscar Ling:

Ahli  Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew menyifatkan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘terlalu besar’ iaitu seramai  70 orang menteri dan timbalan menteri berbanding Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 55 orang sahaja.

Oscar juga menyifatkan kos yang tinggi diperlukan apabila melibatkan terlalu ramai yang menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Hal ini akan menyebabkan perbelanjaan yang tinggi bagi bayaran elaun kepada mereka.

Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin masih memegang kuasa besar dalam kabinet ini dan mengawal portfolio penting dalam kabinet. Pada pandangan saya portfolio penting yang dikuasai oleh individu-individu bukan berlatar belakangkan politik lebih cenderung kepada Muhyiddin berbanding menteri yang berlatar belakang politik yang biasa dipengaruhi oleh parti-parti politik mereka .

Ahli Parlimen PBB dari Gabungan Parti Sarawak (GPS)  pemenang dalam Kabinet ini , akan tetapi SUPP tidak mempunyai calon di dalam kabinet Muhyiddin kali ini dan juga komponen parti lain.GPS hanya dapat timbalan menteri sahaja. Presiden PDP Dato Seri Tiong King Sing sudah memutuskan bahawa beliau tidak akan menerima tawaran timbalan menteri itu, di mana beliau berasa beliau lebih layak dengan kedudukan menteri.

Ini sudah jelas perebutan kuasa sudah berlaku antara komponen- komponen parti dalam kabinet Muhyiddin. Ketidak-stabilan akan terus muncul kelak apabila PAS membangkitkan isu hukuman hudud atau RUU 355.

Saya juga bimbang tentang pembaharuan institusi yang telah giat Kerajaan Pakatan Harapan lakukan, kami telah melakukan pembaharuan ini di separuh jalan sebelum berlaku krisis politik. Saya rasa rakyat harus memantau supaya Agenda pembaharuan ini terus menjadi agenda utama dari kerajaan PN. Kalau PM Muhyiddin menafikan PN ialah BN lama, jadi pembaharuan institusi akan menjadi ukuran di mana PN adalah berbeza daripada Barisan Nasional.