Tiada Peruntukan Persekutuan Daripada Jabatan Perpaduan Negara (MITRA) Untuk India Sarawak

499

Kenyataan Media Daripada Nethiyananthar A/L Balalingam:

Masyarakat India di Sarawak di anggarkan 11,000.00. Mengikut data perangkaan Bandaraya Kuching mempunyai penduduk terbesar iaitu 7,500.

Menurut jumlah populasi,Pengerusi DAP Cawangan Stapok Nethiyananthar A/L Balalingam menyuarakan kenapa peruntukan persekutuan tidak diagihkan kepada NGO di Sarawak. Maklumat yang diperolehi, satu kertas cadangan telah di hantar pada 19 November 2019, kepada Bekas Menteri Perpaduan Negara namun tiada sebarang jawapan.

Walaupun demikian, beliau, beranggapan bahawa Kerajaan Persekutuan harus mengambil tindakan positif dalam hal ini dengan peruntukan RM 145 juta bagi tahun 2022 bagi masyarakat india di Sarawak.

Dengan itu Beliau mengharapkan dengan slogan “Keluarga Malaysia”atau “Kerajaan Prihatin” akan dapat salurkan bantuan bagi program pembangunan serta Pendidikan untuk masyarakat india di Kuching ,Sarawak.

Beliau juga akan berbincang dengan wakil rakyat Stampin Yang Berhormat Chong Cheing Jen bagi merancang dan berbincang di parlimentserta dengan Menteri di Jabatan Perpaduan Negara untuk mendapatkan peruntukan bagi masyarakat india di Kuching ,Sarawak.