DAP Sarawak Memberi Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing

491

Kenyataan Media Daripada Leon Jimat:

Hari ini saya telah berpeluang bersama YB Violet Yong, mewakili Komiti Negeri DAP Sarawak untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Saya juga telah ditemuramah oleh pihak media selaku mewakili DAP Sarawak dimana saya mengatakan Dr James yang membawa saya ke dalam politik dan walaupun sekarang kami berbeza dari fahaman politik, kita masyarakat Sarawak saling menghormati.

Sarawak lebih2 lagi masyarakat Dayak kehilangan seorang pemimpin yang vokal serta lantang bersuara didalam mengangkat infrastruktur di kawasan luar bandar Sarawak.

Difahamkan yang mendiang Tan Sri TKM meninggal dunia disebabkan komplikasi dibahagian jantung. Keputusan saringan Covid19 menunjukkan yang keputusan negatif. Sebelum itu, pada 28hb September beliau disahkan positif Covid19.

Jadi saya amat berharap yang kerajaan GPS di bawah pimpinan Abg Johari supaya janganlah terburu- buru nak buat PRN12 Sarawak sebelum darurat ditamatkan pada bulan Febuari tahun depan. Tunggulah sehingga rakyat 90% Sarawak sudah menerima vaksin ketiga.

Saya ingin menyarankan agar keselamatan rakyat Sarawak diutamakan dan bukan kerana GPS semata- mata nak utamakan berkuasa semula. Jika GPS ingin membuat pilihanraya secara mengejut, lebih-lebih lagi keadaan Covid19 di Sarawak masih agak tinggi, saya pasti ramai yang takut nak keluar undi, terutama warga emas.

Saya juga ingin mengambil peluang untuk menyampaikan salam takziah kepada keluarga YB Tan Sri James Jemut Masing dan berharap mereka bersabar menghadapi keadaan yang sukar ini. Mereka sekeluarga telah kehilangan seorang ayah & bapa, masyarakat Dayak, seorang pemimpin yang lantang bersuara.