Hentikan Ugutan Politik Dengan Tidak Memberi Bantuan Makanan Kepada Rakyat Rumah Panjang Di Simanggang

477

Kenyataan Media Daripada Leon Jimat:

Di dalam negeri Sarawak dilanda Darurat Covid, masih ada pihak yang menggunakan peluang untuk berpolitik dan memeras ugut rakyat rumah panjang.

Dilaporkan agen-agen GPS di DUN Simanggang hanya mengagihkan bantuan makanan kepada penyokong-penyokong mereka sahaja semasa lockdown ini.


Gambar diambil di rumah Ibol dimana agen-agen GPS sedang memberi bantuan makanan kepada penyokong-penyokong mereka.

Saya ingin memberi amaran tegas yang dana untuk membeli makanan ini adalah dana rakyat, bukan duit GPS!

Kesemua bantuan makanan seharusnya diberi sama rata kepada setiap pintu/penduduk rumah panjang, bukannya untuk penyokong GPS sahaja!

Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk memberi kenyataan jika permohonan untuk food bank anda tidak dilayan oleh pihak GPS, sila ke pejabat DAP Sri Aman untuk menghantar permohonan.