PUSPAKOM tidak kena caj lebih atas lori yang lekat kertas iklan

924

ADUN Pending Yb Violet Yong Wui Wui mendedahkan bahawa Pusat Pemeriksaan Kenderaan(PUSPAKOM) Kuching tidak mengenakan bayaran tambahan ke atas kenderaan lori yang melekatkan kertas iklan!

Menurut beliau, didapati banyak khabar angin mengatakan bahawa lori yang melekatkan kertas iklan akan dikena bayaran tambahan, iaitu 150 ringgit untuk lori besar dan 100 ringgit untuk lori kecil, semasa kenderaan diperiksa di pusat pemeriksaan kereta PUSPAKOM .

Untuk mengesahkan pembayaran caj tambahan ini, YB YONG memaklumkan perkara ini kepada Menteri Pengangkutan ANTHONY LOKE , dan Menteri juga membalas bahawa PUSPAKOM tidak melaksanakan dasar tersebut dan tidak dibenar mengenakan bayaran tambahan ke atas pengguna lori.

Oleh demikian, YB Yong merayu kepada orang ramai supaya melaporkan terus kepada beliau atau ke pusat pemeriksaan kenderaan jika dikenakan caj bayaran tambahan berikut.

Kementerian Pengangkutan juga menegaskan bahawa ia tidak akan membenarkan mana-mana pihak yang tidak bertanggujawab untuk membenarkan perkara sebegini berlaku.