Pindaan Akta Perikanan untuk menangani masalah kapal-kapal nelayan asing mencerobohi perairan Malaysia, kata YB Kelvin Yii

46

Pembahasan oleh YB Kelvin Yii bagi pindaan Akta Perikanan:

Terima kasih Tuan Yang di Pertua atas kesempatan untuk berbahas untuk pindaan akta Perikanan ini terutamanya seksyen 25, seksyen 31.

Saya memang menyambut baik pindaan kepada Undang-Undang Perikanan (Pindaan) 2019 ini yang akan meningkatkan saman lebih 600% terhadap kapal-kapal nelayan asing yang telah dibuktikan memancing dan mencerobohi perairan Malaysia.

Ini penting untuk menanggatani masalah pencerobohan dan pertambahan kapal nelayan asing di perairan negara kita dan saya juga berharap kerajaan akan memandang serious isu ini dan mengukuhkan jagaan keselamatan terutamanya yang melibatkan sempadan maritime di persisiran Sarawak.

Memang ini satu pindaan yang amat diperlukan kerana akta ini tak pernah diperbaharui sejak 1985 walaupun isu seperti pencerobohan amatlah berleluasa. Selain itu, pihak kerajaan persekutuan telah menjalankan “Ops Naga” dengan kerjasama beberapa agency dan kementerian. Saya diberitahu sejak Mei tahun ini, sebanyak 52 kapal asing dari Vietnam telah ditangkap. Tahniah dan syabas kepada kementerian, namun usaha ini haruslah dipertingkatkan dan diteruskan lagi.

Tuan Yang di-Pertua,

Walaupun dengan akta-akta yang lebih tegas, namun ia akan sia-sia jika tidak ada penguatkuasaan yang secukupnya.

Saya cuma ingin membangkitkan masalah-masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan di kawasan saya. Kita tahu banyak masalah ini kebanyakannya kronik dan memerlukan kerjasama antara pelbagai Kementerian termasuk Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian, Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Luar Negara.

Antaranya termasuk untuk mencapai satu persetujuan atau permahaman antara negara-negara jiran termasuk Indonesia berkenaan “disputed waters’ yang bukan saja membawa kesan kepada nelayan kita, tetapi juga industry perikanan di negara kita.

Sekarang, ia adalah seperti terdapat 2 peta yang mempunyai tafsiran yang berbeza. Baru-baru ini, ada dua bot dari Sarawak telah ditahan kerana dikatakan menyeberangi sembadan Indonesia padahal mengikut koordinat yang ada masa tahanan jelas menunjukkan ia masih berada di perairan Malaysia.

Saya juga diberitahu, kerajaan Indonesia telah memasang satu radar canggih di satu pulau kecil, Utara Pulau Natuna di kawasan Laut Natuna ( dekat Sarawak), dan ia dapat mengesan bot-bot yang datang termasuk bot Malaysia dan mereka akan datang dengan cepat untuk menahan bot kita walaupun Kawasan tersebut adalah Kawasan”disputed” atau “zon tuntutan” antara Malaysia-Indonesia.

Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan Maritim Indonesia adalah aktif bahkan memperkuat kuasakan tuntutan kawasan lautan mengikut tafsiran sempadan pihak Indonesia.

Oleh itu, kekeliruan tersebut haruslah diselesaikan secepat mungkin kerana MUNGKIN pihak Indonesia akan membuat tuntutan LEBIH terhadap kawasan di perairan laut China Selatan terutamanya berdekatan Sarawak jika mereka memindahkan ibukota mereka ke Kalimantan. MUNGKIN.

Saya juga ingin bertanya Menteri, apakah status kapal-kapal tempatan kita yang masih ditahan di Indonesia atau negara-negara jiran lain, dan jika masih ada, boleh proses untuk mengembalikannya dipercepatkan.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga berharap Tuan Menteri melalui kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Pertahanan dapat mempertingkatkan sekuriti sempadan maritime kita bukan sahaja untuk untuk menjaga negara kita daripada ancaman keselamatan negara ataupun terrorist, namun juga untuk menjaga perairan kita daripada bot-bot nelayan asing yang menyeberangi sempadan kita untuk memancing dan mencuri hasil dan kekayaan hasil martitim kita.

Saya dimaklumkan negara kita kehilangan hampir RM 7 billion setahun hasil laut kita disebabkan pencerobohan kapal nelayan asing ini.

CONTOH: Kajian Kes Andrey Dolgov

-Berjaya menjalankan aktiviti perikanan haram lebih 10 tahun tanpa dikesan sebelum iaianya Berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia pada March 2018

-Dianggarkan ikan bernilai sebanyak USD 50 juta hasil laut telah ditangkap oleh bot tersebut.

-Bot tersebut juga menggunakan beberapa jarring ikan gergasi dimana jika digunakan sekaligus, panjangnya tidak kurang daripada 29km.

-Kita Cuma dapat bayangkan ancaman yang telahpun dialami oleh kehidupan laut sekita Kawasan dimana aktiviti haram tersebut dijalankan. Malah ia boleh mengakibatkan ketidakstabilan ekosistem kehidupan ikan di lautan kita.

-Taktik yang digunakan:

(i) Menggunakan dokumen palsu

(ii) Modifikasi terhadap system” automatic Identification System(AIS) bagi menyembunyikan lokasi sebenar kapal tersebut.

(iii) Memusnahkan bukti – jarring dipotong sebelum pihak berkuasa dapat mendekati mereka.

(iv) Rasuah. Termasuk membeli minyak daripada pihak berkuasa

(v) Asset pihak berkuasa yang tidak mencukupi ataupun tidak berkesan dalam mengatasi isi aktiviti haram di laut.

Ini bukan sahaja exclusive kepada 1 kes sahaja, tetapi memang berleluasa. Malah, baru-baru ini, kita diberitahu bahawa kapal nelayan asing semakin bertambah terutamanya dari negara Vietnam dan mereka menggunakan pukat atau kaedah memancing yang haram seperti yang disebut tadi yang juga akan mengakibatkan kemusnahan karangan laut dan juga habitat tempat ikan berteduh dan membiak. Sekaligus menjejaskan sumber perikanan nelayan tempatan.

Oleh itu, dengan pindaan Ata ini, saya menggesa agar kerajaan persekutuan mengambil tindakan keras terhadap kapal-kapal nelayan asing yang mencerobohi perairan Malaysia secara haram. Sekiranya didapati bersalah di sisi undang-undang, pihak yang berkuasa haruslah memusnahkan kapal nelayan mereka atau ia harus ditenggelamkan untuk dijadikan karangan buatan manusia(artificial reef)

Namun demikian, seperti yang saya katakana tadi, walaupun dengan akta-akta yang lebih tegas, namun ia akan sia-sia jika tidak ada penguatkuasaan yang secukupnya. Malah kita menerima laporan bahawaBahagian Penguatkuasaan tidak melaksanakan tugas secara tegas terhadap kes ini dan juga terdapat juga kes-kes dimana pegawai didakwa bersubahat dan memberikan pelindungan kepada nelayan-nelayan asing tersebut. Oleh itu, saya juga menyambut baik cadangan Kuala Kedah supaya SPRM dapat masuk dan menyiasat tuduhan tersebut.

Saya juga dimaklumkan bahawa asset-aset yang ada untuk menjaga sempadan maritime kita tidak mendapat penyelenggaraan yang secukupnya malah tidak mencukupi untuk menangani masalah ini yang semakin bertambah. Ada aduan dimana bot-bot sekuriti yang kita ada, ada yang rosak dan tidak berfungsi, malah yang berfungsi, tetapi tidak dapat bergerak kerana tak cukup minyak diesel. Ada dakwaaan, bahawa minyak yang diberikan, telahpun dijual ke pihak lain. Ini memang tidak seharusnya berlaku dan saya menggesa agar isu ini diselesaikan, siasatan dijalankan oleh SPRM, demi keselamatan perairan kita.

Kita juga dimaklumkan yang ada juga pihak penguatkuasa yang takut untuk menangkap mereka kerana nelayan asing itu adanya dikatakan bersenjata. Bagi saya ini alasan, yang tidak dapat diterima. Takan pihak penguatkuasa kita pula yang takut kepada mereka. Kalau begitu penceroboh ini akan semakin berani dan lebih menceroboh perairan kita.

Oleh itu, saya bercadang kepada pihak kementerian, dengan kerjasama dengan kementerian lain seperti Pertahanan untuk menambahkan asset-aset maritime termasuk menggunakan pengimbas(scanner) moden dan juga ‘military surveillance UAV’ untuk meneliti perairan kita. Kerajaan USA dilaporkan telah menghadiahkan 10 drone moden kepada negara kita. Saya menggesa jika boleh, teknologi tersebut boleh “diubahsuai, ditambahbaik” dan digunakan termasuk mewujudkan satu “Maritime Domain Awareness” dengan kerjasama semua jabatan dan agency terlibat untuk menangani masalah ini.

Tuan Yang-di Pertua,

Sebenarnya, di Sarawak, pada tahun lalu, Jabatan Perhutanan di bawah Kementerian Alam Sekitar telah membeli sebuah pesawat DA42M-NG Diamond yang telah dilengkapi dengan pengimbas moden (high tech surveillance system with significant hardware zoom capabilities and image stabilization) dengan jumlah RM 35 juta. Pesawat tersebut dapat diggunakan untuk membuat pengawasan dari udara serta menangkap foto berkualiti tinggi sebagai bukti sebarang aktiviti haram. Mungkin Kementerian Pertanian melalui MMEA boleh membuat kerjasama bersama untuk menggunakan asset tersebut.

Jika boleh, mungkin pihak kementerian boleh membuat pertimbangan untuk membeli asset itu untuk kegunaan sendiri. Harganya sebenarnya tak setinggi itu. Saya pun tak tau bagaimana kerajaan terdahulu membeli pesawat tersebut dengan harga setinggi itu, padahal pesawat tersebut berharga antara 3-4 juta dan dengan kelengkapan yang ada, tak akan sampai 10 juta pun

Saya juga ingin bertanya kepada pihak Menteri, apakah SOP yang digunakan untuk menangkap nelayan asing tersebut? Adakah mereka perlukan ditangkap secara langsung atau jelas melakukan kegiatan mencuri tersebut baru mereka boleh ditangkap dan didakwa? Ini disebabkan kita juga menerima aduan dimana kebanyakan masa, apabila bot penguatkuasa datang, bot nelayan asing tersebut sudah memotong net mereka untuk menyembunyikan bukti mereka sedang memancing.

Oleh itu, jika ia benar, SOP itu haruslah diperhalusi untuk mengatsai masalah ini dan penggunakan Scanner, atau pesawat tersebut adalah penting untuk penggumpulan bukti yang kukuh aktiviti memancing haram tersebut.

Selain itu, kami mendapat aduan bahawa pegawai dari Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) juga lambat membalas aduan-aduan dari nelayan tempatan tentang pencerobohan nalayan asing ini. Mengikut seksyen 9 Akta Malaysian Maritime Enforcement Agency Act 2004(Akta 633), pihak pengadu mempunyai hak selepas jangka masa 4 minggu dari aduan pertama untuk mendapatkan status laporan siasatan tersebut dan pegawai kena memberikan maklumat berkenaan tidak lebih daripada 2 minggu dari hari permintaan rasmi dikemukakan oleh pihak pengadu. Namun ini tidak ditepati.

Oleh itu, saya menggesa agar pegawai-pegawai MMEA dapat membalas dengan lebih cekap dan cepat terhadap aduan yang dibuat.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya menggesa kerajaan persekutuan agar tidak memandang ringan masalah ini, ini masalah kronik, kerana kesemua masalah ini akan mengakibatkan kerugian yang besar terhadap pendapatan nelayan kita dan juga akan menjejaskan ekonomi negara.