Ucapan Perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong 2019

850

UCAPAN PERBAHASAN TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG 2019

OLEH: YB KELVIN YII (AHLI PARLIMEN P195 BANDAR KUCHING)

Salam sejahtera dan salamharapan. Terimakasih Datuk yang dipertua kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Ini memang satu persidangan parlimen yang amatlah bersejarah,kerana dalam persidangan Dewan Rakyat ini, kerajaan Pakatan Harapan akan melakukan beberapa pembentangan rang undang-undang yang penting yang amatlah penting termasuk pembentangkan pindaan bagi Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan bagi menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi bersama Semenanjung Malaysia.

Ini bukan sahaja penting bagi saya sebagai seorang anak Sarawak,ataupun Sabah sahaja,tetapi juga rakan-rakan saya di Semenanjung kerana melalui pindaan ini, kita telah mengambil langkah pertama untuk kita kembali ke rohasal/initial spirit pembentukan Persekutuan Malaysia yang telah dibayangkan oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu.

Malah, walaupun dengan jumlah ‘reform’ yang penting yand kita akan lakukan, dimana banyak juga perlukan pindaan perlembagaan, tetapi hasrat kerajaan PH untuk melakukan pindaan ini sebagai pindaan perlembagaan PERTAMA menunjukkan kepentingan dan keistemewaan yang diberikankepada Sabah dan Sarawak oleh kerajaan PH. Kerajaan PH memangmengamalkan “Dasar Pandang ke Timur” dan perihatin, pedulikepadawilayah Sabah dan Sarawak.

Kita sebagai kerajaan persekutuan dalam masa tidak setahun telah berjaya melakukan apa yang kerajaan BN tidak dapat lakukan dalam masa beberapa dekad dan membetulkan salah kerajaan terdahulu.

Namun begitu, pindaan ini cuma adalah langkah pertama dan banyak lagi yang harus kita telitikan jika kita ingin membetulkan semua masalah yang dihadapi di Sabah dan Sarawak terutamanya untuk mendapat pembangunan yang sekata dan sewajarnya untuk rakyat Malaysia di Sarawak untuk mencapai prinsip kemakmuran bersama.

Ini termasuk menyemak semula peruntukan khas di bawah perlembagaan yang merujuk kepada pemberian peruntukan khas kepada negeri Sarawak di bawah perkara 112(d) dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga.mengkaji semula Petroleum Development Act 1974 dan Territorial Sea Act 2012 untuk menentukan sama ada perlaksanaannya ‘unconstitutional’ atau tidak, supaya hak sebenar Sabah dan Sarawak terhadap hasil semula jadi termasuk minyak dan gas dapat ditentukan.

Saya mempunyai pendapat, yang pindaan Article 1(2) ini haruslah dilakukan selari dengan pindaan Article 160 di mana sekarang tertulisnya “Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Saya berpendapat bahawa bahagian ini haruslah dipinda kepada ; Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963”untuk melambangkan fakta dan sejarah yang sebenar tentang Perbentukan Persekutuan Malaysia.

Malah, mata pelajaran Sejarah di sekolah haruslah dikaji dan diperbaharui untuk memastikan peranan Sabah dan Sarawak lebih banyak ditekankan dan dihargai dalam perbentukan Persekutuan Malaysia.

Saya berharap, usaha untuk mengkaji tidak hanya untuk menghasilkan satu laporan untuk dibaca, tetapi langkah-langkah seterunya dan proactive haruslah diambil untuk mengembalikan hak-hak dan kuasa wilayah Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63.

Tuan yang Di Pertua,

Saya menyambut baik diskaun yang ditawarkan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia’s (PR1MA) Home Ownership Campaign (HOC) dan juga developer yang ada supaya rakyat jelata dapat menikmati harga rumah yang lebih rendah dan membeli rumah mampu milik untuk diri mereka dan juga keluarga mereka.

Saya boleh bagi contoh di Kawasan Bandar Kuching, satu diskaun berjumlah 30% telah ditawarkan untuk units at PR1MA Bintawa Riverfront Apartment development, 20% daripada PR1MA dan HOC, 10 % daripada developer projek tersebut dan saya diberitahu, diskaun seperti ini telah dan akan ditawarkan untuk projek-projek PR1MA di beberapa tempat lain, malah di seluruh negara.

Diskaun 30% tersebut, ada yang boleh mencecah RM 90-100 ribu dan seperti yang saya katakan tadi, saya menyambutbaik apa-apa inisiatif untuk menurunkan harga rumah TETAPI saya berharap bahawa diskaun ini dapat juga diberikan kepada pembeli-pembeli awal PR1MA di seluruh negara, bukan sahaja di Sarawak.

Mereka telah membeli unit-unit PR1MA tanpa sebarang diskaun, atau rebate,semasa projek tersebut dilancarkan hampir 2 tahun dahulu. Oleh itu saya berpendapat bahawa rebate ini juga haruslah diberikan kepada mereka supaya adalah adil untuk mereka. Banyak pembeli-pembeli ini telah datang cari saya dan ada yang menghantar message kelaman social media saya untuk menyuarakan keresahan mereka. Malah ada satu #PR1MAFORALL telah diwujudkan di medan social untuk menyuarakan kehendak mereka

Walaupun saya memahami Batasan dan kekangan yang ada dan masalah ini adalah satu inherited issue, namun saya menyeru dan berharap, Kementerian dapat mempertimbangkan dan memberi insentif, rebate atau diskaun yang sewajarnya untuk mereka yang telah melakukan booking atau bayaran awal untuk berlaku lebih adil kepada mereka.

Tuan Yang Dipertua,

Pada sesuatu masa dahulu, jumlah kesuntuk penyakit berjangkit seperti diphteria adalah hampir tiada di negara kita, namun baru- barui ni, kita dikejutkan lagi oleh berita di Johor Baru pada Februari lepas dimana satu kes kematian kanak-kanak 2 tahun 1 bulan disebabkan difteria kerana ibu bapanya menolak vaksinasi dan immunisasi tersebut.

Pada 15 Oktober2018, seorang bayi 14 bulan meninggal disebabkan diptheria, 14 Mac 2018, satu kes kematian kanak berumur 2 tahun 5 bulan di Miri disebabkan difteria. Pada tahun 2018, 18 kes dengan 5 kematian telah dilaporkan di Malaysia. Pada tahun 2017, 32 kes positif dengan 7 kematian daripada komuniti yang menolak penvaksinasian.

Ini adalah satu berita yang sedih kerana kematian kanak-kanak ini sebenarnya dapat dielakkan, malah kita dapat melindungi populasi kanak-kanak lain daripada dijangkiti penyakit berjangkit seperti measles,diphteria, tuberculosis ini melalui vaksinasi.

Walaupun saya tidak menafikan bahawa mungkin ada punca-punca yang lain, tetapi pergerakan Anti-Vaxxers ini adalah satunya punca utama kemunculan dan pertambahan kes-kes penyakit berjangkit ini walaupun ia dapat dicegah.

Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan meminda undang-undang yang sedia ada untuk memperkenalkan undang-undang mandatory untuk vaksinasi terutamanya MMR dan difteria dan juga hukuman yang berpatutan, “criminal liabilities” terhadap ibu bapa yang enggan mendapatkan vaksinasi untuk anak mereka terutamanya jika ia menyebabkan kematian atau membahayakan anak-anak orang lain.

Disebabkan kecuain, kelalaian dan juga sikap tidak bertanggungjawab mereka , kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan yang boleh menyebabkan kematian boleh membahayakan komuniti dan anak-anak yang lain.

Baru-baruini, negara Italy juga memperkenalkan “No Vaccine, No School’ policy yang menghalang kemasukkan kanak-kanak ke pra-sekolah jika tidak menunjukkan rekod vaksinasi. Dilaporkan hampir 300 anak-anak telah dihalang untuk mendaftar di pra-sekolah di bandar Bologna apabila undang-undang tersebut dikuatkuasakan.

Pada pendapatsaya, kita mungkin tidak perlu melakukan hukuman sedrastik tersebut terutamanya untuk menghalang anak-anak ke sekolah. Walaupun paras vaksinasi untuk bayi 9 bulan masih lebih rendah daripada syor 95% daripada populasi anak-anak, namun paras vaksinasi negara juga tidak serendah di Italy.

Mungkin, kita oleh melihat satulagi model lain seperti di Singapore,dimana ibu bapa dikenakan hukuman saman jika tidak menvaksinasi anak mereka.

Dalam model itu, anaknya tidak dihalang untuk bersekolah, tetapi ibu bapa haruslah membayar saman untuk mendorong mereka untuk melakukan vaksinasi tersebut. Selainitu, mereka yang ingin memohon pass kunjungan jangka Panjang masukke Singapore, harus menunjukkan bukti anaknya telah divaksinasi.

Namun begitu, saya ingin menyeru jika tindakan undang-undang baru ini diperkenalkan, ia tidak harus focus kepada “punishment” atau hanya untuk menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak yang terbabit, tetapi lebih kepada memberikan kesedaran dan didikan tentang pentingnya vaksinasi sambal menyangkal apa-apa pun kesangsian ataupun keraguan yang ada berdasarkan fakta-fakta scientific yang ada. Keutamaannya sentiasa untuk menjaga kebajikan dan kesihatan anak dan komuniti secara menyeluruh.

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya ingin meminta penjelasan daripada Kementerian Kesihatan berkenaan kenaikan harga Approved Product Purchase List (Pharmaniaga) untuk beberapa ubatt erutamanya Hydrochlorothiazide 50 mg dan 25mg Tablet dimana harga jualan untuk Sabah, Sarawak dan Labuan telah meningkat dari 0.07 dan 0.05 sebiji kepada 0.15 dan 0.13sen sebiji dimana kita melihat satu peningkatan sebanyak 210% dan 270% masing-masing. Untuk Paracetamol(PCM), kita meneliti bahawa generic brand yang digunakan telah bertukar dan kesannya juga menunjukkan peningkatan harga.

Jadi saya ingin bertanya apakah punca kenaikan harga ubat tersebut walaupun kita masih dalam tempoh concession antara kerajaan Malaysia dengan syarikat Pharmaniaga dan apakah kesania akan ada terhadap peruntukan kepada KKM dan harap ini tidak akan menyebabkan kekurangan ubat terutamanya pada hujung tahun berlaku?

The 2019 Global Medical Trend Rates Report yang diterbitkan oleh AON,satu international professional services consulting firm, telah mengeluarkan satu forecast net growth sebanyak 13.6 percent bagi kadar inflasi ubat di Malaysia hampir 5.7 kali inflasi am negara.

Kerajaan persekutuan pada 2017 telah membelanjakan hampir RM 2.4 billion untuk perolehan ubat-ubatan.Ini adalah hampir 10% peruntukan Kementerian Kesihatan pada 2017 dan ini menunjukkan kenaikan 13 % dari tahun sebelumnya, tetapi pada masa itu, kita masih menghadapi “medical supply shortages” terutamanya di klinik dan hospital kerajaan, terutamanya pada hujungtahun.

Isu ini bukan sahaja boleh membebankan kepada pihak kerajaan di hospital kerajaan, tetapi juga pesakit secara keseluruhan.

Mengikut Medicine Prices Monitoring 2017 report, the median mark-up for originators’ and lowest-priced generics’ retail price di hospital swasta adalah 51% and 167%, masing-masing, manakala di pharmacies angka ini adalah lebih rendah, pada 22.4% and 94.7%.

Ini jelas menunjukkan bahawa “mark-up range” boleh mencecah angka yang tinggi, dan di hospital swasta, ia boleh mencecah sebanyak 117.4% malah 900%. Disebabkan pengeluaran rendah atau kos import ubat generic ini, ia membolehkan hospital swasta, klinik dan farmasi untuk “mark up” harga jualan akhir dan ini akan menyebabkan kenaikan harga “across the board”

Dengan itu, saya juga ingin bertanya tentang hasrat kerajaan persekutuan dan Kementerian Kesihatan yang untuk memperkenalkan satu mechanisme kawalan harga ubat-ubatan untuk termasuk menyediakan satu harga ceiling untuk memastikan harga ubat-ubatan adalah berpatutan.

Walaupun saya menyokongs ecara prinsipnya untuk megawal harga ubat-ubatan tetapi isu ini mungkin lebih rumit terutamanya jika akan menyebabkan unintended consequential effects, terutamanya kepada klinik-klinik ataupun farmasi kecil.

Oleh, saya berpendapat kita masih boleh mengurangkan kos ubat penting tanpa memperkenalkan langkah drastic pegawalan harga ubatan.

Langkah pertama adalah dengan meneliti process “public procurement”, kerana sebagai kerajaan, kuasa membeli adalah lebih besar, oleh itu ia lebih senang untuk kerajaan untuk berunding harga untuk mendapatkan harga yang lebih baik. Mungkin kerajaan boleh mewujudkan satu agensi independent seperti model di UK , National Institute for Health and Care Excellence(NICE), untuk membuat perundingan dengan syarikat pharmaceutical, untuk mendapatkan harga yang berpatutan.

Selainitu, procurement tidak haruslah hanya datang daripada beberapa syarikat besar sahaja sepert iPharmaniaga yang mendapat konsesi 25 tahun untuk membekalkan 700 lebih item di APPL ke hospital dan klinik kerajaan. Secara prinsipnya sebuah syarikat tidak haruslah mendapat lebih daripada 15-20% daripada public procurement tetapi kita harus menggalakkan lebih banyak syarikat untuk melibatkan diri dalam pembekalan ubat-ubatan.

Selainitu, kitab oleh mengurangkan “middle man”, atau tender agents yang mengambil peranan sebagai intermediatary antara kerajaan dan syarikat pharmaceutical tersebut dalam sebarang public procurement. Mengikut Malaysia Competition Commission’s (MyCC) Market Review on Pharmaceutical Sector under Competition Act 2010, agent sedemikian mengenakan charge 2-3% untuk kerja-kerja “passing of tender papers” yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan atau syarikat dengan sendiri.

Tuan Yang Di Pertua,

Saya ingin menyentuh tentang kesihatan di Sarawak.

Sarawak mempunyai tanah yang luas, dan kemudahan kesihatan kita adalah terhad terutamanya specialist centre untuk beberapa discipline pakar dan kebanyakkan kes, pesakit-pesakit perlu dihantarke Hospital Besar Sarawak di Kuching terutamanya jika ada masalah onkologi, cardiologi dan lain-lain.

Banyak antara pesakit ini adalah dari golongan berpendapatan rendah dan juga dari pedalaman yang tak mampu terbang jauh ke Kuching. Ini bukan sahaja kos tiket penerbangan, tetapi kos untuk pengangkutan keluar dari kawasan pedalaman, kos pergi ke lapangan terbang dan juga kos yang perlu digunakan di Kuching.

Dalam practise yang sediaada, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan mengeluarkan dana daripada peruntukan yang sedia ada untuk membiayai kos perjalanan pesakit tersebut, ataupun untuk membiayai kos perjalanan doctor pakar untuk pergi ke Kawasan tersebut. Saya diberitahu, kos pengangkutan atau perjalanan ini mengambil kos sebanyak RM 8 million, dan ini termasuk pembiayaan kos tiket penerbangan pesakit dan juga untuk doctor pakar ke kawasan tersebut dalam setahun.Memang peruntukan amatlah terhad, maka saya berharap pihak kerajaan dapat meneliti isu ini dan menyediakan peruntukan khas untuk tujuan ini kepada Sarawak.

Selain kos penerbangan, satuisu lain yang dihadapi ialah kekurangan kapal terbang yang telah diubahsuai khas untuk mengangkut pesakit-pesakit terutamnya pesakit tenant atau ‘bedridden’ terutamanya di sector Bintulu dan Sibu. Saya mendapat statistics bahawa pada tahun lalu, hampir 1000 pesakit di sector Bintulu dan 1500 di sector Sibu. Malah, ada satu kes, seorang pesakit 19 tahun, telah meninggal dunia disebabkan beliau tidak sempat diangkut dari sector Bintulu.

Dulunya, ada satu “arrangement” dengan MasWings untuk mengangkut pesakit tersebut, namun sekarang untuk sector tersebut, MasWings telah berhentikan penerbangan mereka. Saya diberitahu ada satu perbincangan dengan pihak AirAsia untuk menyediakan perkhidmatanter sebut, jadi saya ingin meminta pihak kementerian untuk memberi status terkini dan jika boleh, “persuade pihak Air Asia’ untuk menyediakan perkhidmatan ini, mungkin sebagai sebahagian daripada CSR mereka.