Selain Daripada Menunding Jari Kepada Kerajaan PH Kegagalan GPS Mentadbir Perlu Diakui

624

Kenyataan Media oleh Brolin Nicholsion:

Kenyataan YB Menteri Abdul Karim Hamzah yang mengesa Pakatan Harapan untuk berhenti menaburkan janji kepada Sarawak seharusnya ditujua juga kepada pemimpin GPS.

Ini kerana setelah sekian lama menjadi kerajaan, GPS yang dahulunya sebahagian dari Barisan Nasional Gagal untuk memulangkan kembali hak-hak Sarawak.

Malah, sebelum pilihanraya umum yang lepas, Pakatan Harapan Sarawak telah mengajukan ‘deal’ berkenaan dengan 20% royalti minyak dan 50% cukai dari Sarawak harus digunakan untuk pendidikan dan kesihatan tetapi ditolak oleh pemimpin GPS.

Pemimpin GPS seharusnya sedar akan kesalahan mereka sendiri dimana gagal untuk memtadbir Sarawak dengan baik sehingga banyak kawasan di pendalaman berada didalam keadaan yang sangat daif dan tiada infrastruktur asas seperti bekalan air bersih.

Pakatan Harapan mewarisi sistem pentadbiran yang bobrok menyebabkan banyak janji tidak dapat ditunai secara langsung tetapi memerlukan masa untuk ditunai.

Lihat kepada apa yang telah anda pemimpin GPS gagal tunaikan kepada Sarawak daripada menunding jari kepada pihak yang baru dua tahun memerintah.