Rakyat Yang Ada Simpton Diminta Dapatkan Rawatan Segera

379

Kenyataan Daripada Oscar Ling:

Saya difahamkan ada warga Sibu yang menyertai Program Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Selangor pada 27 Februari sehingga 1 Mac 2020. Akibat daripada itu, tiga orang peserta dari Program tersebut iaitu dari Brunei, Tawau, Kuantan disahkan positif dijangkiti Koronavirus(COVID-19).

Saya juga difahamkan warga Sibu terbabit telah mengaku bahawa mereka telah menyertai perhimpunan tersebut kepada Hospital Sibu dan mereka telah menjalani pemeriksaan Koronavirus (Covid-19).

Hari ini , satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, tiga rakyat Sarawak telah disahkan positif COVID-19. Hal ini dimanakan dua daripada mereka telah menyertai Program Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling , Selangor dan seorang lagi merupakan ahli keluarga mereka.

Jabatan Kesihatan Sarawak sudah mengesan 236 peserta perhimpunan itu dan akan terus mengesan bakinya.

Saya juga dimaklumkan bahawa lebih daripada 500 rakyat Sarawak yang menyertai program ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, baru-baru ini, digesa supaya tampil menghubungi hospital kerajaan dengan segera.

Mengikut rekod daripada Kementerian Kesihatan Malaysia setakat 12 Mac 2020, seramai 158 rakyat Malaysia disahkan positif COVID-19, 3533 orang kes negative dan 319 orang masih menunggu keputusan makmal.

Memandangkan kes ini semakin melibatkan orang ramai, diharapkan penduduk Sibu boleh menjaga kesihatan anda semua agar penularan wabak ini dapat dikawal.

Kerapkan mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer, menutup mulut sekiranya batuk dan bersin, serta memakai topeng muka bagi mengelakkan penularan wabak ini.

Saya juga berpesan kepada penduduk Sibu agar mengurangkan aktiviti di luar secara berkumpulan juga bagi mengelakkan penularan wabak ini terus menular.

Sekiranya penduduk di Sibu mempunyai symptom seperti Demam, Batuk dan Sesak Nafas agar segera terus mendapatkan rawatan di Hospital Sibu bagi membendung wabak ini terus menular atau sesiapa penduduk Sibu yang baru balik daripada lokasi panas yang mempunyai kes COVID 19 ini terus mendapatkan rawatan di Hospital Sibu.