Penyampaikan Sumbangan Peruntukan Khas oleh YB Chong Chieng Jen,Timbalan Menteri KPDNHEP kepada Platun RELA 1363 Kampung Bedup Longgo, Serian

1494

Bunsin Anak Kalun, Pro-Temp Chairman DAP Bukit Semuja, Serian telah melaksanakankan Penyampaian Cek (Cheque) Sumbangan Peruntukan Khas Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri Di Kementerian Perdangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kepada Platun RELA 1363 Kampung Bedup Longgo, Serian bagi tujuan untuk menaik Taraf Pusat Komuniti RELA dan Aktiviti RELA bagi Platun RELA 1363 Kampung Bedup Longgo, Serian.

Cek (Cheque) sumbangan tersebut berjumlah Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000.00) disampaikan kepada Encik Jimai Anak Kandan selaku KPR

Platun RELA 1363 Kampung Bedup Longgo, Serian. Acara penyampaian Cek (Cheque) tersebut turut disaksikan oleh Encik Junaidi Anak Jala selaku Bendahari Platun RELA 1363 Kampung Bedup Longgo, Serian dan Encik Simairi Anak Jala selaku Timbalan Bendahari Platun RELA Kampung tersebut.

Terdahulu daripada itu, beliau (Bunsin Anak Kalun)telah melaksanakan penyampaian Cek cek (Cheques) Sumbangan Peruntukan Khas Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen Fasa Pertama berjumlah Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000.00) dan Fasa Kedua berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) disampaikan kepada pihak PIBG SJK Pangkalan Bedup, Serian bagi membantu membina bilik darjah dan bilik Guru dan Staf SJK Pangkalan Bedup.

Cek cek (Cheques) seperti dibawah telah disampaikan kepada Badan Pertubuhan, Badan Keagamaan dan Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung di Bahagian Serian;

*PIBG Sekolah Kebangsaan Engkaroh, Serian cek (Cheque) sumbangan berjumlah Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000.00) bagi menjayakan Gotong Royong Perdana dalam usaha meningkatkan keceriaan Sekolah.

*AJK Islam Kampung Entubuh, Serian cek (Cheque) sumbangan berjumlah Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000.00) bagi menyokong Aktiviti Umat Islam Kampung Entubuh.

*JKKK Kampung Tong Nibong, Serian cek (Cheque) sumbangan berjumlah Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000.00) bagi membaik pulih Balai Raya Kampung Tong Nibong.

*Serian Iban Remun Association (SIRA) cek (Cheque) sumbangan berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) bagi menganjurkan Ceramah Kesedaran Tentang Bahaya Dadah.

*JKKK Kampung Semukoi A, Serian cek (Cheque) sumbangan berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) bagi tujuan membeli Kanopi (Canopy) kegunaan Kampung Semukoi A,.

*Gereja St. Andrian Kampung Semukoi, Serian cek (Cheque) sumbangan berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) bagi tujuan membeli kerusi untuk Gereja St. Andrian Kampung Semukoi.

*AJKKK Kampung Paon Sungai Rimu Bakung, Serian cek (Cheque) sumbangan berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) bagi tujuan Majlis Penutupan Perayaan Gawai Dayak 2019.

*JKKK Kampung Prangkan Marung, Serian cek (Cheque) sumbangan berjumlah Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus (RM1,500.00) bagi tujuan Majlis Penutupan Perayaan Gawai Dayak 2019.

Beberapa lagi surat surat permohonan untuk memdapatkan sumbangan Peruntukan Khas telah diterima daripada Badan Pertubuhan, Badan Keagamaan dan Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung di Bahagian Serian dan surat surat permohonan tersebut telah dimajukan ke Pejabat Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri Di Kementerian Perdangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Kuching untuk dipertimbangkan kelulusan.