Penduduk kampung banyak tercicir dari senarai menerima bantuan makanan semasa PKP

837

Statement Media daripada Brolin Nicholsion:

DAP Serian telah menerima telah menerima aduan dari penduduk di sebuah kampung di DUN Kedup bahawa mereka telah tercicir dari senarai yang menerima bantuan makanan semasa tempoh PKP ini.

Kami telah difahamkan sebanyak 143 jumlah keluarga yang tercicir dari menerima bantuan makanan ini.

Pihak kami telah mengadu kepada pejabat resident serian pada minggu lepas dan juga kepada seorang pembantu kepada seorang ADUN berkenaan dengan masalah ini.

Kami telah diberitahu bahawa bantuan makanan kepada mereka yang tercicir ini akan tiba pada minggu ini. Dan seperti yang dijanjikan, bantuan tersebut tiba pada minggu ini.

Tetapi malangnya, bantuan makanan yang diterima oleh penduduk di kampung tidak seperti yang dijangkakan, malah inya tidak bersesuaian disaat yang sebegini.

Jika dikira kos jumlah makanan tersebut, ianya tidak melebihi RM30 dimana sepatutnya setiap keluarga menerima jumlah makanan sebanyak RM100 ringgit.

Saya ingin menyarankan agar pihak jabatan kebajikan untuk menyiasat perkara ini kerana bantuan sebergini tidak seharusnya dijadikan sebagai mainan politik dimana hanya sesetengah individu sahaja yang menerima bantuan.

Pihak jabatan kebajikan dan kerajaan harus menyiasat perkara ini agar tiada penyelewengan yang berlaku dan tiada satu pun rakyat yang tertinggal dari menerima bantuan pada saat ini.

Saya menyeru agar penduduk di kawasan serian yang mengalami masalah yang sedemikian untuk mengadu masalah terus ke pejabat resident untuk di siasat agar tiada penyelewengan dana terjadi diwaktu yang sebegini.