Orang ramai disaran menyokong kempen “Sayangi Sawitku” oleh Kerajaan

3030

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan 10 % penggunaan domestik produk hiliran Sawit .Masyarakat umum diseru untuk memberi sokongan kepada kempen “Sayangi Sawitku”.

Ini adalah kerana,penggunaan domestik minyak sawit hanya 20 peratus sahaja buat masa ini dan 80 peratus lagi adalah untuk pasaran eksport.

Sokongan terhadap produk tempatan berasaskan minyak sawit sangat perlu dengan melibatkan kesemua lapisan masyarakat bukan sahaja masyarakat pengguna tetapi pengeluar dan pengilang produk hiliran berasaskan minyak sawit dengan meletakkan label kempen “Sayangi Sawitku” pada semua produk berasaskan sawit supaya masyarakat pengguna sedar akan kepentingan produk sawit dalam kehidupan harian.

Minyak sawit dalam kehidupan seharian kita seperti makanan,penjagaan binatang & makanan haiwan peliharaan ,produk mandian dan penjagaan diri ,pencuci serbaguna , pencuci pakaian dan biodiesel .

Tujuan kempen ini adalah untuk menyuntik semangat bangga dan cintakan Minyak Sawit Keluaran Malaysia dan menghargainya sebagai komoditi utama yang menyumbang kepada ekonomi negara.

Paren Anak Nyawi
Penyelaras DAP Katibas.