Orang muda Sarawak diingati Supaya menolak tipu helah puak UMNO-PAS

142

Statmen Daripada Brolin Nicholsion:

Ia sangat menyedihkan bila GPS sanggup bersekongkol dengan parti yang mereka anggap extremist. Bukankah kita bangga dengan sikap toleransi dan hormat-menghoramti yang diamalkan orang Sarawak sekian lama sehingga Kuching dinobatkan sebagai “City of Unity”.

Bukankah selama ini GPS tidak mahu berkerjasam dengan parti Malaya yang dianggap sebagai terlalu extreme? Malah ini melalui juga bukan melalui undia rakyat! Sekarang tekanan diberikan kepada GPS untuk mereka memikirkan tindakan mereka tersebut.

Malah penundaan sidang parlimen sesi ke-3 untuk penggal ke 14 ditangguhkan kepada 18 Mei kerana dipercayai  “wujud kemungkinan” ada hali parlimen yang akan dibeli serta ancaman kepada ahli Parlimen PH  untuk menyertai kerajaan ini.

Kerajaan ini boleh dilihat sudah ada keretakan kerana ketamakan untuk mendapat jawatan di dalam kerajaan dan kepentingan yang berbeza dikalangan ahli parti. Parti yang mempunyai kerusi yang paling banyak akan meminta jawatan kanan Kabinet didalam kerajaan ini.

Oleh itu, Rakyat Sarawak harus bersatu di belakang ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan agar setiap rencana –rencana mereka tidak akan berhasil. Oleh itu, bagi mereka yang kecewa, ini masanya untuk kita bersatu meneguhkan parti. DAP dari dahulu sudah mengalami pahit getir didalam arena politik, oleh itu sebagai anak muda yang inginkan sebuah Negara yang progresif, inilah masanya kita menawarkan diri untuk turut serta dalam perjuangan ini bagi memperjuangkan isu-isu kebebasan dan hak asasi kita, supaya apabila kita sudah menjadi kerajaan lagi, kita akan mempunyai generasi yang kuat dan kalis masa depan yang sedia untuk memtadbir Negara kita.

Oleh itu, orang muda di Sarawak harus menolak tipu helah puak UMNO-PAS yang melebelkan DAP sebagai parti Cina, Komunis dan sebagainya. Jika kita termakan tipu helah ini, kita akan selamanya terperap didalam mentality berdasarkan kaum dan agama dan Malaysia tidak akan dapat bergerak jauh. Seperti anggota tubuh badan, kita mempunyai bentuk yang berbeza, tetapi ia saling melengkapi satu sama lain.

Oleh yang demikian, Sarawak harus menolak parti yang berasaskan kaum dan menyokong parti yang berteraskan ideology progresif untuk Negara yang kuat bagi semua rakyat nya.