Kesilapan GPS bersekongkol sama UMNO dan PAS

492

Statemen Daripada Brolin Nicholsion:

Sokongan GPS terhadap Perikatan Nasional menunjukkan siapa diri GPS yang sebenarnya. Mereka yang dahulunya menentang Pakatan Harapan dan menyeru rakyat Sarawak untuk tidak menyokong Pakatan Harapan yang kononnya adalah parti dari Malaya.

GPS rela bersekongkol dengan golongan ahli politik yang telah ditolak oleh rakyat melalui system demokrasi berbanding Perikatan Nasional yang dimulakan melalui “Langkah Sheraton”.

Bagaimana GPS boleh memastikan yang sentiment kaum dan agama yang selalu dimainkan oleh Pas dan UMNO tidak akan dibawa ke Sarawak? Sedangkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang pernah member ucapan di Bintulu yang mahu hanya bumiputera Muslim sahaja yang memerintah di Sarawak sekiranya PAS membentuk kerajaan.

Disaat Pakatan Harapan berusaha untuk membaiki dan memulangkan kembali status Sabah Sarawak, Perikatan Nasional yang dimulakan di Sheraton telah merosakkan agenda Pakatan Harapan yang sepatutnya dibentangkan di parlimen di persidangan bulan March ini. Semasa pembentangan pertama untuk memulihkan status sabah dan Sarawak, UMNO dan PAS la yang menolak usul tersebut. Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang GPS percaya untuk memulangkan kembali status Sabah dan Sarawak?

GPS sepatutnya tahu yang di Sarawak kebanyakan penduduknya adalah Kristian dan majoritinya adalah bangsa Dayak diamana yang selama ini tidak dijaga sepenuhnya oleh kerajaan Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, sebarang bentuk kerjasama dengan PAS dan UMNO tidak seharusnya dilakukan oleh GPS, apatah lagi mereka yang membentuk kerajaan tidak melalui undian rakyat.

Rakyat Sarawak sekarang melihat bahawa pemimpin GPS lebih rela bersekongkol dengan Kleptocrats dimana kebanyakan mereka masih ‘naik-turun’ mahkamah.