Kerajaan PN Meamalkan Dua Standard Terhadap Menteri Yang Tidak Mengikut SOP

31

Press Statement Daripada Tony Chiew:

Tindakan tidak bertanggungjawab Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bukan hanya menimbulkan kemarahan rakyat malah menampakkan tidak konsisten dan bersikap ‘double standard’ kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyembunyikan fakta dan mengatasi rungutan masyarakat.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Chiew Chan Yew berkata tindakan menteri terbabit jelas melanggar undang-undang dan sama sekali tidak rasional dengan hanya memberikan alasan bahawa beliau telah melakukan tiga kali ujian swab dan diizinkan masuk ke istana.

“Kita tidak sepatutnya menyulitkan keseluruhan kejadian itu, jelas menteri mengetahui undang-undang dan melanggar undang-undang ditetapkan seolah-olah dia berhak untuk berbuat demikian.”

“Rakyat tidak mahu pemimpin negara menutup kesalahan mereka dengan wang tetapi melihat bahawa undang-undang dan dasar yang dilaksanakan berlaku adil kepada warganegara dan pegawai kanan terutamanya apabila melibatkan negara kini sedang menghadapi wabak COVID-19 serta pelbagai cabaran terpaksa dihadapi sekarang dan juga akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Memetik laporan berita sebelum ini Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa ketika Mohd Khairuddin tiba di Malaysia bulan lalu, beliau telah menjalani ujian COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sekiranya keputusan ujian positif di lapangan terbang, mereka akan dihantar terus ke hospital manakala jika hasil ujiannya negatif, mereka akan dikenakan kuarantin di rumah selama dua minggu.

Mohd Khairuddin mengunjungi Turki dari 3 hingga 7 Julai, tetapi gagal kuarantin selama 14 hari setelah pulang ke rumah malah beliau menghadiri parlimen pada 13 Julai. Walaupun ujian COVID-19 beliau didapati negatif di KLIA, beliau bagaimanapun tidak menjalani kuarantin di rumah.

Chiew mengatakan bahawa jika rakyat didapati melanggar perintah kuarantin wajib, mereka akan didenda bahkan boleh dipenjara namun dalam kes ini pihak penguatkuasa seakan lewat untuk bertindak.

“Dikala pemimpin banyak negara di dunia didapati melanggar peraturan yang berkaitan dengan wabak terbabit, mereka akan disalahkan dan tidak akan dapat melepaskan diri dari tanggungjawab mereka yang seterusnya akan mengundurkan diri.”

“Kerajaan sekarang mempunyai standard yang dua kali lipat dan pendedahannya sendiri terhadap kekurangan ini membuatkan orang di seluruh negara melihat dengan jelas,” ujarnya.

Sementara itu, Chiew berkata rakyat sebenarnya tidak berpuas hati dengan sikap pemimpin kerajaan yang lemah sejak beberapa bulan ini ditambah dengan percubaan oleh menteri dan anggota parlimen untuk menghampakan rakyat dengan menunjukkan sikap mereka sahaja yang harus diutamakan.

Katanya lagi menteri-menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan rakan-rakan mereka nampaknya tidak jelas mengenai setelah 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah, mustahil bagi negara untuk kembali ke cara pemikiran Barisan Nasional (BN) yang ketinggalan zaman.

Beliau menambah bahawa kerajaan PH juga berhadapan dengan pengawasan dari rakyat dan parti pembangkang dan beberapa orang turut menyatakan rasa tidak puas hati, tetapi PH bersedia menghadapi pendapat umum dan terus menerus mengkaji dan memperbaikinya terutama apabila mempercayai kuasa itu datang dari rakyat.

“Pada masa ini disiplin kabinet kerajaan pintu belakang PN sering ditangkap sejak mereka memegang jawatan jelas menonjolkan kualitinya yang rendah.”

“Seperti isu Timbalan Menteri Kesihatan yang dituduh melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebab makan di tempat awam dengan ini juga menarik perhatian media asing, dan menteri yang merokok elektronik di dalam dewan parlimen serta lain-lain lagi yang jelas benar-benar menjatuhkan imej negara,” katanya.