Kekayaan Tengku Adnan Satu Misteri , Kabinet yang Bebas Daripada Rasuah Merupakan Cabaran Keda PM Baru

203

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew hairan terhadap kes mantan Menteri Wilayah Persekutuan , YB Tengku Adnan Tengku Mansor dimana mahkamah mendedahkan kepada umum bahawa kekayaannya yang mencecah hampir RM1 Bilion selepas permohonan Adnan untuk melakukan prosiding tertutup ditolak oleh mahkamah.

Saya ingin mempersoalkan dan hairan , bagaimanakah Tengku Adnan mampu mengumpul kekayaannya yang begitu banyak. Tengku Adnan harus membuktikan kepada mahkamah dan rakyat bahawa kekayaannya tidak berasal daripada duit rakyat .

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan bahawa orang ramai harus dibenarkan mendengarkan perincian harta milik pemimpin Umno itu agar perbicaraan dilihat sebagai telus dan adil.

Saya juga mempersoalkan kekayaan pemimpin lain dalam UMNO yang mempunyai kekayaan yang luar biasa .

Adakah ini merupakan satu budaya dalam UMNO yang mempunyai kekayaan yang luar biasa sehingga boleh menyatakan RM2 juta ibarat duit poket sahaja.

Tengku Adnan mengisytiharkan aset RM938,643,566.16 pada tahun 2001 apabila Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri. Pada tahun itu, Tengku Adnan dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2001.

Pada tahun 2006, Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM711,325,822 dan Adnan dilantik sebagai Menteri Pelancongan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 2013, Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM691,770,649 kepada Perdana Menteri Najib Razak. Tengku Adnan adalah Menteri Wilayah Persekutuan untuk keseluruhan penggal. Pada 2016, Tengku Adnan membuat perisytiharan aset sebanyak RM782,748,061.

Saya mencabar pemimpin UMNO , dan PAS untuk mengisytiharkan hartanya kepada Parlimen dan mendedahkan jumlah harta yang dimilikinya bagi menunjukkan bahawa parti itu masih mempunyai integrity.

Kami di Pakatan Harapan semua telah mengisytiharkan harta kami kepada Parlimen termasuklah mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4 dan Ke-7 , Tun Dr Mahathir Mohamad dan kami menunjukkan bahawa kami berpegang kepada integrity.

Saya juga mempersoalkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sanggup berkerjasama dengan UMNO yang kebanyakan ahli-ahli UMNO terlibat dengan rasuah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan dalam ucaptamanya selaku Perdana Menteri, beliau berikrar untuk membersihkan jentera kerajaan, dan kabinetnya harus bebas daripada rasuah.

Saya menyeru jika Perdana Menteri ikhlas memperjuangkan integrity, Perdana Menteri haruslah meminta penjelasan daripada Tengku Adnan mengenai perkara ini.

Tengku Adnan menghadapi tuduhan menerima wang RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik THSB.

Adnan didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.