Hentikan Sentimen Garen (MRP) Demi Memperoleh Undi Rakyat.

537

Kenyataan Daripada Oscar Ling:

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew menempelak cara Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang cuba mengugut bagi kawasannya di Baleh. Surat Khabar Utusan Borneo bertarikh 12 Mac 2020 dimana Tajuk Berita nya ialah “Pilih GPS jika mahu geran MRP semula – Masing”. Ini seolah-olah mengugut penduduk di Baleh dimana sekiranya mereka tidak mengundi Gabungan Parti Sarawak dan mengundi parti lain, mereka tidak akan mendapat geran projek kecil luar bandar(MRP).

Kerajaan Pakatan Harapan sewaktu mentadbir kerajaan pusat lalu, sememangnya memberikan peruntukan kepada Ahli Pembangkang untuk rakyat di kawasan mereka tidak dipinggirkan. Tetapi, malangnya Timbalan Ketua Menteri Sarawak perlu menggunakan cara begini untuk memperoleh undi daripada rakyat, seolah-olahnya pilihan raya hanya bertujuan mendapat dana MRP sahaja, bukan memilih pemimpin kerajaan negeri atau negara.

Sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan memerintah Kerajaan Pusat, Ini kali pertama anggota Parlimen pembangkang diberi peruntukan. Sedangkan pada era kerajaan Barisan Nasional hanya memperuntukkan dana untuk wakil rakyatnya sendiri sedangkan pembangkang tidak menerima sebarang dana.

Ia jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan sememangnya membela nasib rakyat dan berusaha untuk memastikan pembangunan dapat diberikan kepada rakyat.

Diharapkan Tan Sri James Masing tidak memainkan sentimen ini kepada rakyat dalam usaha mereka untuk memperoleh undi kerana ini bukan cara demokrasi yang perlu ditunjukkan kepada rakyat. Biarlah rakyat menilai apa usaha yang telah Pakatan Harapan lakukan dan prestasi wakil rakyat dalam memilih undi mereka.