GPS Ibarat Meludah Ke Langit

3029

Statmen Daripada Brolin Nicholsion:

GPS pada beberapa hari lepas telah mengumumkan yang mereka akan menyertai kabinet dalam kerajaan persekutuan dengan formula Perikatan Nasional + GPS.

Ini jelas sekali menunjukkan kerajaan GPS tiada pendirian yang jelas dimana mereka menunjukkan belang mereka dengan bekerjasama dengan parti Malaya malah teruk dengan mereka yang telah ditolak oleh rakyat pada Pilihanraya Umum yang lepas.

Bukankah kenyataan YAB Abang Jo pada September 19, 2019 mengatakan bahawa GPS selesa bergerak sendiri dan menolak untuk menandatangani memorandum bersama PAS dan UMNO ketika itu? Bukankah GPS keluar dari Barisan Nasional kerana sudah belajar dari menjadi sebahagian daripada rejim Barisan Nasional dahulu? Dan bukankah mereka tidak ingin ideology Malaya datang ke Sarawak? Tetapi mengapa kembali ke pangkuan “boss”lama mereka sekarang?

Mengapa menjadi contoh kepada generasi baru Anak Sarawak yang kamu menyokong kerajaan yang tidak demokratik ini? Ini akan menjadi satu peristiwa yang mungkin akan berulang dimasa hadapan oleh kerana apa yang anda sebagai pemimpin lakukan sekarang.

PAS pernah berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa hanya bumiputera Islam sahaja yang “Boleh”memerintah Sarawak? Adakah dengan bekerjasama dengan mereka sekarang bermakna GPS juga setuju dengan kenyataan mereka ini? Adakah GPS ingin menidakkan hak-hak Anak-anak Sarawak yang bukan Islam untuk turut membina Sarawak ini? Dimanakah perjanjian “Gentleman” semasa pembentukan Sarawak dahulu dimana jikalau Ketua Menteri ialah Seorang Melayu Islam, maka Governor haruslah Non-muslim local atau “vice-versa”.

Adakah GPS akan berjanji dengan rakyat Sarawak untuk tidak membenarkan ideology PAS yang begitu extreme dan tidak relevant di Sarawak akan tidak dibawa ke Sarawak?

Sekarang mata tertumpu kepada GPS, semua telinga mendengar dan menanti apakah yang akan GPS lakukan sebagai sebahagian daripada kerajaan pusat ini.