ABDUL AZIZ MENCADANGKAN PEMBINAAN SEBUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) LANDEH DI JALAN LANDEH

2424

Pengerusi DAP Cawangan Batu Kitang Abdul Aziz Isa mewakili Timbalan Menteri KPDNHEP YB Tuan Chong Chieng Jen untuk merasmikan Majlis Apresiasi Cemerlang & Graduasi bertempat di SK Landeh, DUN Batu Kitang. Dalam majlis itu, Abdul Aziz juga turut menyampaikan dua cek sumbangan berjumlah RM21,000 kepada PIBG SK Landeh bagi tahun 2019.

Cek sumbangan yang diluluskan oleh YB Tuan Chong Chieng Jen melalui peruntukkan Dana Khas Ahli Parlimen Stampin itu diserahkan kepada En Haratono Sulaiman (YDP PIBG SK Landeh). Selain daripada itu juga, Abdul Aziz mengumumkan bahawa YB Tuan Chong Chieng Jen telah meluluskan Projek Membaik pulih Pagar SK Landeh bernilai RM30,000 dan dijangka siap pada minggu ini.

Projek yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera melalui system tender terbuka itu mengambil masa 6 minggu untuk siap. Ini membuktikan kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan mengamalkan dasar cekap, amanah dan telus dalam memperuntukkan projek untuk rakyat.

Pada majlis tersebut, Abdul Aziz menyatakan bahawa memandangkan jumlah penduduk di kawasan Jalan Landeh semakin meningkat disebabkan oleh pertambahan kawasan perumahan yang baru, beliau mencadangkan agar pihak kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan dapat mempertimbangkan keperluan untuk membina sebuah lagi sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang baharu bagi menampung jumlah peningkatan pelajar di sekitarJalan Landeh.

Beliau mencadangkan sekolah rendah baru tersebut dinamakan sebagai SK RPR Taman Sri Permai manakala sekolah menengah yang baharu itu pula sebagai SMK Landeh. Cadangan ini timbul kerana tiga buah sekolah di kawasan sekitarJalan Landeh dan Kota Padawan yang ada sekarang seperti SK Landeh, SK Paya Mebidan SJK Chung Hua Batu 10 tidak mampu menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat.

Walaupun SK Landeh merupakan sekolah baharu, namun dengan pertambahan kawasan perumahan yang baru, ianya menjadikan pengambilan pelajar ke SK Landeh semakin terhad. Biarpun SK Landeh merupakan sekolah baharu namun jumlah bilik darjah yang ada sekarang amat terhad untuk menempatkan murid-murid.

Malah, SK Paya Mebi yang ada sekarang tidak dapat menampung lagi jumlah pelajar yang ramai disebabkan oleh jumlah bilik darjah yang terhad. Jika ada pun peruntukkan bagi menaik taraf SK Paya Mebi, ianya hanya dapat dilakukan dalam skala yang kecil dan sederhana disebabkan oleh keluasan sekolah yang begitu kecil. Pembesaran SK Paya Mebi hanya dapat dilakukan jika terdapat kekosongan tanah berhampiran sekolah.

Mengambil kira faktor-faktor ini, ramai ibubapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah sedikit jauh dari tempat tinggal mereka seperti SK Wira Jaya (Batu 8) dan SK Semanggok (Batu 12). Walau bagaimana pun, ibubapa hanya dapat menghantar anak-anak mereka ke SK Wira Jaya apabila terdapat kekosongan kerana kebanyakkan pelajar-pelajar yang dihantar ke SK Wira Jaya merupakan anak tentera.

Selainitu, masalah yang timbul saban hari adalah kesesakan jalan raya terutamanya Jalan Kuching-Serian ketika waktu puncak. Akibatnya, ibubapa terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakan jalan raya terutamanya ketika menghantar dan mengambil anak sekolah. Sememangnya, keadaan ini sedikit sebanyak menyumbang kepada faktor kesihatan seperti stress dan menjejaskan kualiti dan produktiviti kerja di pejabat.

Abdul Aziz memberitahu bahawa apabila jejambat (“flyover”) di Kota Padawan itu siap sepenuhnya tahun hadapan, ianya akan menjadikan kawasan sekitar Kota Padawan bertambah pesat dan sekaligus meningkatkan jumlah penduduk per kapita. Secara tidak langsung, pertambahan jumlah penduduk per kapita ini semestinya akan memberi kesan kepada peningkatan jumlah pelajar.

Justeru, pihak Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Stampin dan DAP Cawangan Batu Kitang akan mencadangkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempertimbangkan cadangan ini demi kebajikan dan kesejahteraan penduduk.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pn Nur Sarah Sandra Stephen (Guru Besar SK Landeh), En Noor AzmiSebi (Guru Besar SK PayaMebi), En Sapiee Deni (Guru Besar SK Stoh), En Peliman Gendang (Penolong Kanan Petang I SMK Penrissen No.1), guru-guru, staf sokongan, murid-murid dan ibu bapa.

Abdul Aziz Isa
Pembantu Khas YB Chong Chieng Jen
Pengerusi DAP Cawangan BatuKitang
Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak